memories

September 8th, 2007 by pnutz-comel

kisah lalu menggamit kembali..

aku mengenali seseorang semasa aku belajar di uniten dahulu. kami berkawan rapat selama 7bulan sebelum kami putus..

aku masih kasihkannya semasa kami putuskan hubungan dahulu.. atas alasan ingin memberi laluan padanya membina kerjaya dalam perniagaan MLM yang tidak membawa keuntungan..aku redha…

kami putus cara baik dan masih berkawan sehingga kini walaupun x akrab.. selain itu, kami putus kerana dia berterus terang tidak dapat memberi komitment pada hubungan kami sepenuhnya lagiselain daripada ingin mengubah kehidupan keluarganya…

apa yang aku paling suka tentang peribadinya, setiap kali kami keluar berdua, bila sampai waktu semayang pasti dia akan membawa aku ke masjid. semayang pada awal waktu.. jarang ada lelaki sebegini pada zaman ini..

kini dia sedang berbahagia dengan teman barunya. walaupun kesal dan terkilan sedikit atas apa yang berlaku pada kami.. namun aku redha.. mungkin teman baru itu lebih sesuai untuknya.

selepas itu, aku ambil keputusan untuk berhenti belajar di uniten dan belajar di s.alam kerana tidak mahu bebankan keluarga ku membayar duit pengajian yang beribu ringgit..

aku ingin mengucapkan terima kasih sekiranya dia membaca nukilanku ini, kerana memberi peluang untuk aku mengenalinya.

tapi itu kenangan lama..

pada rakan - rakan uniten yang da graduate.. tahniah.. insyaAllah dalam masa setahun aku akan mengikuti kalian semua.. hehehe… lamo laie!

my life

September 26th, 2006 by pnutz-comel

da lama x tulis kat blog nih..mcm2 berlaku..dari uniten continue ke poli..dari it mik civil..ada bf putus then kapel balik…dari hepi jdi murung pastu tension..life yang sentiasa berubah2…cuma aku x faham knapa ada sorg mmber aku tu (bdak laki) putus kan hub kami mcm tu..aku tao aku ngan dia juz kwn jer..y dia tak layan as fren je w/pun dia da ada awek bru..bkn aku ggu dia pon…

aku x pernah marahkan dia..aku tao dia jujur..innocent…w/pun life dier dgn music pon..aku cma harap kami dapat berkawan..dats all…aku berharap dpt kwn ngan dia balik.. reply la email aku o testi aku..itu jer aku harap..persahabatan yg terputus akn d sambung kembali…adios!

ahhh..leganyer!

September 27th, 2005 by pnutz-comel

arini aku da bayor sumer duit uniten celaka tu! wakakaka..leganyer.. dorg tu tau gertak jer..tapi cam tikus kena maki..tahap bangkai bernyawa lah gak!… pasni dapat la aku reg subjek walapuon lambat..

aiseh..mlm nih kna p ceramah x best tu lak… tapi xper..aku ni student terbaik..x yah p pon xper.. kla, mmber aku da semak kat tepi..chow dlu!

renungan bersama 3

September 25th, 2005 by pnutz-comel

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri atau puteri. Dijadikan mereka
dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau
lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak
mungkin mampu hendak meluruskan
mereka.

Tak logic, kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang
lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara
petunjuk
Allah, kerana mereka diciptakan begitu
rupa oleh mereka. Didiklah mereka
dengan
panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA
DENGAN
HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN
LIAR, JANGAN
HIBURKAN MEREKA DENGAN
KECANTIKAN, NANTI
MEREKA SEMAKIN MENDERITA,

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN
ILMU, HATI SERAPUH KACA,
KUATKAN DENGAN
IMAN, PERASAAN SELEMBUT
SUTERA, HIASILAH
DENGAN AKHLAK .

renungan bersama 2

September 25th, 2005 by pnutz-comel

tak perlu teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap Teman Setampan yusof jika Kasih tak Setulus Zulaikah. Tak Perlu menjadi Seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman Hidup Seistimewa Khadijah jika diri tak sempurna Rasullah S.A.W.

sazzy+lah-kenapa

September 22nd, 2005 by pnutz-comel

Sebelum ku kenali mu Hidupku cukup dengan suka-duka

Tak pernah ku sangka semuanya akan berubah

Dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini

Tak mungkin ku lupa katamu kan sentiasa di sisi

Bagaikan satu kisah cinta kita berdua ke mana

Asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan

Apa terjadi, diriku ini masih tertekan

Hati dilukai setelah janji ditunaikan

Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih

Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai

Dikau punca pedihku, tiada baik darimu

Tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta

Kenapa ku begini

Kenapa harus ku tanggung semua

Kenapa harus ku bercinta

Kenapa ku percaya

Kenapa aku diperbodoh kasih

Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua

Tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang kan dalami jiwa

Siang malam termenung, sedih memakan hati

Tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini

Namun ku cekal hatiku, tuk melupakanmu

Ku tahu kau begitu, Malas ku nak rayu, buang tenagaku

Kau takkan mendengarku Selamat tinggal oh kasih

Janganlah iri hati Hidup baru kan mula bila terbitnya mentari

Kenapa harus ku bercinta

Kenapa ku percaya

Kenapa harus ku diperbodohkan

Kenapa harus ku merayu

Kenapa ku percaya

Kenapa harus ku dikecewakan kasih

Kenapa harus ku bercinta

Kenapa ku percaya

Kenapa harus ku diperbodohkan

Kenapa harus ku merayu

Kenapa ku bercinta

Kenapa harus ku pegang janjimu

Kenapa harus ku merayu

Kenapa ku bercinta

Kenapa harus ku diperbodohkan

Kenapa harus ku percaya

Kenapa ku bercinta

Kenapa harus ku pegang janjimu kasih…

Sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati

Baru kini ku berani tuk mengatakan oh gadis

Dikau punca segala, kepedihan di hatiku

Tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku

bencinyer!!!

September 6th, 2005 by pnutz-comel

pening btol la sem nih! geram pon ada… bz giler..dah ler tu! agama II dia bagi punyer la banyak keje…subjek tu jer kna buat book review la, community service la…,kna g masjid la tiap2 malam rabu,khamis ngan jumaat..tak lma lagi ada test 1. silat lak ada AGM..semlm da la kna tegur ngan jurulatih..huhuhu..tensionnyer… banyaknyer keje! SAD lak ada assign #3 pastu ada projek lgi..pastu sabtu nih ada tezt 1..aduiiii!!!!! CO plak nak wat quiz 4…naper la x leh konsider ngan student.. da la uniten nih cam hampeh sket.. student tgh belajar disuruhnyer bayor.. klu x bayar dia tahan result lak…x leh nak masuk final exam la…tensionnyer!!!!  masalah kuarga lak x abis2… argh!!!!!!!!!!!!!! x tao nak buat apa lgi… saper lgi yang bole toloong aku nih..abah x tao apa yg berlaku….aku x nak bebankan dia…x kan nak berenti belajar kot.. aku ada cita-cita ngan impian… naper lah msalah dtg berturut2..bencinyer!!!!

Renungan Bersama

August 9th, 2005 by pnutz-comel

>Untuk renungan bersama ……

>

>Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya

>menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai

>pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak

>peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan

>sampai bila-bila.

>

>Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan

>30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya

>menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih

>menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya

>balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

>

>Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah

>Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,

>cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun

>masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk

>menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung

>dalam keluarga.

>

>Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji

>di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya

>nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

>

>Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami

>menuju ke Madinah.

>

>Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di

>Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah

>mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita

>terbabit.

>

>Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi

>Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

>

>Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun

>bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya

>pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta

>bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang

>berlaku.

>

>"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong

>saya…kita bawa dia ke hospital," kata saya.

>

>Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke

>hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu,

>jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

>

>Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.

>Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun

>semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

>

>Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya

>terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.

>

>Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital

>Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

>

>Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua

>hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,

>maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi

>seperti itu.

>

>Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu

>dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut

>sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya

>berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak

>berhasil.

>

>Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk

>mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

>Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh

>doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,

>keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk

>menunggunya di hospital.

>

>Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari

>sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi

>sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya

>dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut

>sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba

>menangis??

>

>Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"

>

>"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi

>benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

>

>"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih

>terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab

>pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada

>saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu

>diambil iktibar oleh kita semua.

>

>Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki

>orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan

>keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak

>sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak

>buat.

>

>Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak

>terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

>

>"Habis yang kakak pergi haji ini?"

>

>"Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak

>pergi."

>

>"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu

>ke yang kakak alami semasa  akit?" tanya saya lagi.

>

>Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah

>itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu, kakak telah

>diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang

>telah kakak buat selama ini.

>

>"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

>

>"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah

>tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan

>balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur

>hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik

>dengan bara api.

>

>Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.

>Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

>

>"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit

>yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh

>ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan

>main.

>

>Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api

>itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain

>dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

>

>Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

>Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada

>hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

>

>Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak

>bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa.

>Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak

>tercabut kulit kepala.iekah untuk mengerjakan ibada Panasnya pula

>menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup

>pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan." sambil

>bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia

>betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

>

>Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu

>sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan…kakak ni nama

>saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa

>besar.

>

>Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa

>tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang

>berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi

>kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila

>ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan

>bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

>

>Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula

>duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah

>itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak

>masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa

>seperti terbakar hangus.

>

>Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan

>sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,

>tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

>Baunya cukup busuk.

>

>Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa

>kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang

>kakak hidup di dunia ini."

>

>Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh

>kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah

>supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk

>hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak

>akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak

>berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.

>

>Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala

>kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan

>sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

>

>Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha

>agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada

>balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita

>terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

>

>Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

>

>"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam

>tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan

>kakak dahulu. Kakak bertaubat…kakak taubat nasuha," katanya sambil

>menangis-nangis.

>

>Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke

>Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak

>henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu

>maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang

>subuh.

>

>

>"Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga

>juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,

>makan nasi ke, berehat ke…" tegur saya.

>

>"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan

>semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam

>Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya

>dahulu.

>

>Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

>Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan

>tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya

>menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan

>kesihatannya.

>

>"Tak boleh Mazlan. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.

>Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,

>Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

>

>Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada

>perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,

>pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,

>kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak

>tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita

>Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan

>muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan

>muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

>

>"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau

>seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak

>dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu

>sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???

>Allah…"

>

>"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari

>ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

>Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu

>Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa

>dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula

>yang jadi seperti orang bukan Islam."

>

>Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang

>wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita

>yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang

>ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.

>Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

>

>Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang

>digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia

>bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat

>membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,

>syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal

>dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh…

>memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…" itu dah

>terlambat.

>

>REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

>WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,

>WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

>WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

>WAKTU MUDA SEBELUM TUA

>DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

sedeynyer

July 20th, 2005 by pnutz-comel

arini punyer la sedey…mintak add subjek tpi x diluluskan…pastu dorg bgi view result sem lpas..result x seperti yg dijangkakan…GERAMNYER!!! aku pon da pening paler..x tao camner nak wat lgi…nak gak dapat 3 pointer n above…sem lepas punyer la aku pulun..at last, result hancur..but alhamdulillah…aku ada improvement :-D hehehehe…sem ni kenala pulun…pastu terpaksa la extend sem…huhuhuhu..biar lambat asalkan pandai..tol x?

hmmm

July 4th, 2005 by pnutz-comel

hallu..testing..testing…1.2.3….(n_n) ashiteru.hime